Jumaat, Ogos 19, 2011

SMK King George V (KGV)

Gambar sekolah lama masa ibu tingkatan 6 dulu..walaupun cuma 2 tahun ibu belajar di sini tapi banyak jugak kenangan yg dilalui di sekolah ni..Sebelum tu dari tingkatan 1-5 ibu belajar di Sekolah Menengah Convent, Seremban. Convent pelajarnya semua perempuan dan masuk ke KGV ni pelajarnya campur lelaki dan perempuan..so ibu rasa sikit janggal tapi lama2 jadi biasa..Convent pulak lebih2 lagi jadi kenangan sebab sekolahnya pun dh tak wujud lagi..tapak sekolahnya dh jadi kolam tempat nyamuk membiak..kata org Seremban lah! Convent boleh jadi bangunan sejarah kalau nak dikekalkan, tapi kalau boleh bangunan KGV ni harap2 dapat dikekalkan! Dh hampir 90 tahun jugak bangunan KGV ni! Letaknya kedua2 sekolah ibu ini adalah ditengah2 bandar Seremban. Kedua2 nya terkenal hebat di N.Sembilan! Keistimewaan KGV sebab ada 'clock tower' pada 4 permukaan tower..Ada satu 'terowong' bawah tanah yang memisahkan kawasan sekolah dengan padang sekolah. Di atas terowong itu adalah jalan raya iaitu salah satu jalan besar yg menuju ke bandar. Untuk menuju ke padang inilah satu2nya jalan yg pelajar2 harus lalui. Ada satu 'kolam renang' dibahagian belakang sekolah yg bertangga kerana bahagian itu berbukit sedikit. 'Hall' utk assembly (perhimpunan) mempunyai balkoni di sebelah atas hall dan berukiran pulak..balkoni tersebut mengelilingi ruang hall! Indahnya zaman persekolahan yg terpaksa ku tinggalkan..

SM Convent Seremban

Gambar nostalgia ni di ambil dr facebook from one of the Convenities fb..Kawasan sekolahnya luas kerana merangkumi 2 sekolah iaitu rendah dan menengah! Betul2 terletak ditengah2 pusat bandar Seremban..padang yg kecik sikit tu adalah padang sekolah menengah..manakala padang yg luas tu adalah Padang Majlis Perbandaran Seremban..Apa yg ibu tahu bangunan Convent ini juga berusia 90 tahun waktu ia dirobohkan pada tahun 1994..ia dibangunkan pada tahun 1904! Sekolah yg baru di dirikan jauh sedikit dari pusat bandar..Nama ditukar kepada Sekolah Menengah Puteri..bukan Convent lagi.. Sejarah hanya tinggal sejarah buat Convenities..
Posted by Picasa