Khamis, Julai 30, 2009

Permulaan..

beginilah permulaannya..almond london dan tart..menjadi cookies favourite kebanyakan customer aku..hiasan cookies aku hias mengikut cita rasa aku sendiri..maka cookies aku tu berubah rupa dan lain dari orang lain punya..kalau nak tau cuba lah..

Cookies untuk raya

2 hari lepas aku ambil cuti untuk menyiapkan sample biskut raya atas permintaan..maka terhasillah 8 jenis cookies dalam masa 2 hari tu..aku buat sorang2 tau..dua hari aku berjaga sampai pagi..hobi membuat kuih dan minat aku dalam business..aku realisasikan di musim perayaan ini..kan baju raya aku anak-beranak tahun ni belum beli lagi..so lepas ni aku boronglah..rezeki dibulan ramadhanlah ni..simpan jugak sikit untuk sekolah anak2 tahun depan..

Khamis, Julai 23, 2009

Sponsor contest

my 1st sponsor contest.. Aku baru kali pertama nak cuba-cuba jadi sponsor..tudung jahitan ku sendiri..untuk contest dari blog kak yong-catatan ibu..memang harga tudung tu tak seberapa..tapi aku suka..yang penting aku dapat ramai kawan yang jadi kekawan kak yong jugak..

Selasa, Julai 14, 2009

Kuih Gunting ku..

2 hari cuti aku asyik mengerjakan kuih gunting kesukaan ku..ada jugak member ku yang dah order untuk makan masa duk santai2 kat rumah dia orang..resepi ku pun dah semakin sempurna dan rasanya memang sedap..makan punya makan sampai tak boleh berhenti makan.. Aku pun dah nak mula buat biskut almond london dan tart..aku jual pun murah je dari harga orang lain..aku tengah nak mengerjakan sample kuih lah ni..sebab tu gambar biskutnya belum ada..bila dah ada barulah aku letak harganya sekali..tungguuu..

Vitamin untuk semua..

Kita memang perlu vitamin tambahan untuk kesihatan tubuh badan..tapi kalau nak makan jangan lupa minum air suam tu banyak2..kalau tidak dalaman badan kita jadi panas dan kekurangan air..aku rasa seksa betul bila kena ulser mulut atau orang kata 'mulut pecah'..nak makan asyik tergigit aje tang yang sakit tu..makan yang pedas2 pun terasa sakitnya..alahai pedihhhnya..ulser mulut ni kalau pecah satu tak apa jugak tapi kalau sampai beranak2 kat dalam mulut tu tuhan aje yang tahu..siksanya mulut kita.. So nasihat doktor tu kena ikut gak..sekarang ni musim panas..tak menentu..lain lah bulan puasa.. toksahlah minum air disiang hari pulak..niaya nanti..

Sabtu, Julai 04, 2009

Safety Day

merah..putih dan hitam..
Semalam di SDRC Banting 'Safety Day' yang julung-julung kali diadakan..kehadiran hampir 700 warga kerja SD bertandang..penceramah dari bahagian safety downstream, JKKP (Jab Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan Malaysia) dan IPD, Banting (siasatan trafik). Ceramah dari IPD, sarjan Raymond paling lawak..sampai hilang ngantuk aku..habis semua ketawa sampai nak terbarai..memang sarjan ni pun glamour di Banting.. Kisah benar diceritakan oleh yang empunya diri..trauma yang berlaku memang tak dapat dibayangkan..pisau yang sepatutnya ditujah ke pelepah sawit..tertujah ke paha sendiri..3 inci dalam..di jahit 2 lapis..3 dan 4 jarum..bayangkan traumanya..
Ada demontrasi oleh JPA3 (Jab Pertahanan Awam Malaysia)..real case sharing..ada pameran jugak oleh JKKP, JPA, NIOSH dan lain-lain..

Ada kuiz yang diwakili oleh 3 kumpulan..iaitu merah, hitam dan putih..kumpulan hitam menang dapat voucher Tesco RM50 tiap seorang..keahlian seramai 129 orang..hujung bulan nanti pergi Tesco beli barang boleh claim voucher..

Aku jumpa ramai kekawan aku masa kat PDT hari tu..