Sabtu, Jun 27, 2009

Makan sayur

sayur ke-2 penting..
yang pahit..
Bila bercerita pasal makan sayur ni aku memang tabik dengan anak-anak aku..sebabnya dia orang ni memang jenis makan sayur..memang aku tak payah ajar tapi dia orang ni makan sayur dengan kerelaan hati dia orang..memang bertuah aku jadi ibu dia orang ni..memang bukan senang nak suruh anak-anak kita makan sayur ni..malah ada jugak orang dewasa macam kita ni yang tak suka sayur..kalau sayur jenis yang pahit tu lagilah tak pandang..tapi anak-anak aku sayur yang pahit tu memang dia orang tak makan..makan sayur cara masak yang dia orang suka ialah masak sup..kuah nasinya sampai itik pun boleh berenang..
Makan sayur baik untuk lawas perut..kat kuarters aku tu memang suami aku rajin tanam sayur..tanam sendiri kita makan sendiri..boleh cut cost lagi gitu..

Rabu, Jun 24, 2009

Persediaan Lebaran

baju kebaya gaya tradisional & moden..
kuih raya pilihan..
bahulu tradisi..
Lama lagi sebelum hari lebaran tiba baju dan kuih raya menjadi perkara utama..tapi aku pulak tahun 2009 ni tak seperti selalu..baju kurung raya aku tahun ni belum lagi aku beli kainnya..aku rasa untuk tahun ni aku cuba nak jahit sendiri..boleh ke?..sure aku boleh buat..tudung pun aku boleh jahit sendiri dan buat busines dalam blog lagi http://tudungmudahpakai.blogspot.com/2009/05/koleksi-tudung-mudah-pakai.html..inikan baju kurung..aku kena cuba memajukan diri sendiri..kenapa bergantung pada orang lain..lebaran anda bagaimana tahun ni..aku 'cut cost'..jahit sendiri baju aku dan anak-anak..

Protect My Eyesight

pemandangan hijau baik untuk mata..
Aku pernah membuat check-up mata di Klinik Mata, Hospital Seremban pada 28.10.2008 tahun lepas..mulanya aku hanya nak buat medical check-up saja tapi bila aku kata aku selalu keletihan bila balik kerja..pening kepala bila aku kurang darah..doktor nasihatkan aku untuk buat check-up mata..temujanji seterusnya pada 15.12.2008 yang lepas..tapi aku malas betul nak pergi..waktu menunggu yang panjang..masa aku banyak terbuang..mengantuk lagi..doktor buat check-up 10 minit pun tak sampai..maka aku batalkan aje niat aku nak pergi..
Sebetulnya mata aku ni memang rabun jauh dan dekat..tapi aku tak pernah menukar 'power spec' aku sejak aku habis sekolah lagi..memandangkan aku jarang pening kepala..aku boleh lagi membaca tanpa pakai 'spec'..aku boleh lagi nampak senyum orang dari jauh..so aku pun terus gunakan 'power spec' yang sama..
Medical check-up aku semua ok aje..BMI-20, BP-102/60 mmHg, Blood sugar-5.1 mmol kategori normal..keluarga aku tak ada sejarah diabetes..aku selalu letih bukan kerana gejala diabetes tapi letih dengan kerja kat office..kerja kat rumah lagi aku letih..capek bu..

Khamis, Jun 18, 2009

SDRC (Up-stream), Pulau Carey

R & D kuarters dari jauh..
TTAS, office ku..
laluan ke office..
Balkoni..
SDRC, Up-stream
Bekerja dalam suasana begini memang mengembirakan hati aku..dikelilingi pemandangan indah dan tanaman pokok buah-buahan..bila buahnya masak boleh ambil terus dari pokok dan makan..bentuk bangunan office ni 'U shape'..office ku letaknya dilekuk 'U'..keluar dari pintu office, aku boleh nampak terus kuarters tempat aku tinggal..

Pandangan indah

Kalau nak tahu inilah scenery indah yang hari-hari aku lalui untuk ke office..memang cukup cantik dan tertarik terutamanya di waktu pagi..ada sebatang sungai yang airnya mengalir lesu saban waktu..kalau lepas hujan lebat airnya naik..bukan sebab tak ada cukup saliran tapi memang sungai ni aku rasa unik sekali sebab ia umpama parit besar yang melintangi kawasan office ku..dikelilingi dengan tanaman pokok yang pelbagai rupa dan warnanya..ada sebuah bukit yang dinamakan Bukit Jugra..menjadi tempat latihan askar..langitnya pula sentiasa diselaputi corak awan tebal..embun dan dingin pagi sentiasa ku nanti saban hari.

Isnin, Jun 08, 2009

PDT (sambungan..)

Soru area.. my sleeping room.. class area.. PDT concept..
Bagi aku tak rugi menghadiri PDT ni..banyak benda baru yang boleh kita belajar..kat dalam class kena buat 6 projek semuanya..kalau dulu ada benda yang kita takut nak buat..tapi kat PDT kita boleh buat sebab orang lain juga boleh buat.. penat tu memanglah penat..tidur tak cukup..hari pertama dan ke 2 pukul 2 pagi baru dapat tidur..hari ke 3 dapat tidur awal sikit sebab besok tu kena 'standby' untuk 'outdoor activities' ada 7 projek semuanya..hari ke 4 kat 3 pagi baru selesai..besok tu ada satu lagi projek..sampai ke tengahari..sembahyang jumaat..2.30 petang masuk semula ke class..itu ini..itu ini..sampai pukul 6.30 petang.. Pukul 7 malam bertolak dari Merlimau dan sampai kuarters pukul 11 malam..(huud..huud..orang yang pergi je yang faham..)

PDT..alhamdulillah..

rakit.. bebanan aku.. spider web.. ..antara gambar-gambar yang sempat aku rakam..
Selesai sudah PDT programme aku selama seminggu..dengan sabar dan penuh cekal aku tempuhi..indoor dan outdoor bersemangat aku melakukannya..bila dah 2 hari aku lepak kat rumah baru aku terasa letih dan lesunya badan ku ini..hari ni aku pergi kerja kepala aku berpusing-pusing..nak pitam ada nak demam pun ada..