Jumaat, Mei 29, 2009

Kursus PDT di Merlimau, Melaka

Aku akan mengikuti kursus 'PDT' (Performance-Driven Teams Programme) di Merlimau, Melaka mulai 31 May - 5 June 2009 (Ahad - Jumaat ni..) Kesian pada anak-anak yang nak aku tinggalkan..sengaja aku pilih tarikh cuti sekolah ni supaya aku tak menyusahkan banyak pihak yang terlibat..suami dan anak-anak aku..kursus ni 'compulsary' untuk semua staff Sime Darby Plantations..kalau tidak tak kuasa aku nak pergi kursus ala-ala PLKN ni..memenatkan..baik jugaklah size aku ni kecik..tak pe lah pergi tuk riadah. Satu lagi kursus yang aku interested sangat nak pergi - 'ESQ' (Mission Statement n Character Building) ..cost RM950 per person..in 3 days (Fri - Sun) ..tak pe 'company support'..aku pergi je.. Bulan lepas aku dah attend 'MS Access 2007' (beginner) 2 days je.. 7-8 April 2009 (Tue - Wed) ..kat SDP Academy mungkin lepas ni ada 'intermediate' pulak menyusul..pergi jangan tak pergi..rugi.

Isnin, Mei 25, 2009

Pest control

..balkoni depan rumah.. ..balkoni belakang rumah..
Besok 26-29 May 2009 ada pemeriksaan dan kawalan (inspection & control) di rumah ku..sekarang ni banyak semut dan lipas berkeliaran..air sirap jatuh ke lantai sekejap aje semut dah hurung..lipas pun jenis yang boleh terbang tu..tempat-tempat yang basah menjadi kesukaan si lipas ni..

Koleksi buku

Koleksi buku dari http://adikbijak.com/ref.plx?MN00332 antara buku-buku yang terlaris di adikbijak.com..buku ini banyak membantu aku mengajar anak-anak ku mengenal huruf, mengeja dan seterusnya dapat membaca..set untuk bahasa malaysia, english dan al-furqan.. ada juga ku beli buku-buku ilmiah yang lain sebagai rujukan.. Koleksi buku-buku motivasi dan novel Dr Hj M. Tuah Iskandar yang masih lagi aku simpan sebagai sebahagian dari koleksi buku yang aku ada..boleh simpan sampai ke anak cucu cicit piut..buku itu lombong ilmu maka pelaburan membeli buku-buku seperti ini bukannya sesuatu yang sia-sia..pokoknya ia perlu dijaga dengan baik supaya
dapat dibaca untuk beberapa generasi..http://www.drtuah.com/

Anak ku seorang mekanik

'Ayie' memang suka bukak itu ini tapi tak tau nak pasang balik..habis semua kereta dan basikal 'GG' jadi mangsa rakusnya si mekanik cilik ni..aku naik malas nak beli apa-apa lagi..kalau dia tengok abahnya repair kereta punyalah tekun dia memandang selok beloknya..bila aku perhatikan dia..macam ada potensi kearah itu..mudah-mudahan..

Jumaat, Mei 22, 2009

R & D Quarters

Tempat tinggal yang selesa memang menjadi sebahagian dari hidup kita..aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ada tempat tinggal yang ada 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi..ruang tamu yang luas tu tempat anak-anak ku bermain dan tempat menyepahkan barang mainan..maka terpaksalah aku sapu dan 'mop' tak tau berapa kali sehari..aku sebenarnya tak suka nak buat semua tu..tapi bagi aku rumah company kenalah buat macam rumah sendiri..

Bahasa Mandarin

Aku telah mendaftarkan nama anak ku 'Esya' ke tadika cina untuk tahun 2010..bagi aku banyak cabaran yang bakal dihadapi bila dia mula belajar memahami bahasa mandarin nanti. Aku terjumpa laman web ni http://www.learnmandarinonline.org/learnchinese.html ..sekurang-kurang aku dapat sama belajar bahasa ni..

Rabu, Mei 20, 2009

Belajar mengeja huruf rumi dan huruf jawi

Mengajar anak-anak mengenal huruf dan mengeja menguji kesabaran kita..kerana anak-anak ini tak sama..ada yang cepat dan ada yang lambat penerimaan mereka..cuma kita kena mengubah cara mengajar kepada yang lebih mudah difahami oleh anak-anak kita. Cubalah lawati laman web ini http://adikbijak.com/ref.plx?MN00332 semoga masalah anda akan terjawab.

Permainan kanak-kanak

Permainan memang menjadi satu keperluan kepada kanak-kanak..waktu aku kecik dulu permainan macam ni memang tak pernah aku impikan dalam kepala otak aku..tapi hari ni aku memang teringin mendapatkannya untuk anak-anak ku memandangkan aku tak pernah memegangnya waktu aku kecil dulu..dunia kanak-kanak memang penuh dengan khayalan dan fantasi..pilihan ditangan kita sama ada ia satu keperluan atau satu pembaziran..tapi sekarang banyak permainan yang berkualiti dipasaran..ia boleh dijual semula sebagai 'second'..satu pelaburan jugak kan..berbaloi-baloi.

Isnin, Mei 18, 2009

SJK (C) Peng Ming, TPG

Aku bercita-cita ingin salah seorang dari anak ku belajar di sekolah cina. Aku rasa setelah aku berpindah ke sini..inilah masanya untuk aku mengkabulkan cita-cita ku. Sekolah yang aku rasa strategik kerana SRK, TPG bersebelahan aje dengan SJK (C) ni..sekolah si abang bersebelahan dengan sekolah si kakak. Dalam kawasan SJK (C) ni pulak ada tadika cina. So..kalau dulu aku bermasalah mencari tadika cina tapi sekarang semuanya ada di situ. Si kakak suka betul bila aku cakap.."kakak nak tak belajar kat sekolah cina?" "nak..nak..cha nak tolah ene.." Dia agak pelat walaupun umurnya dah 4 tahun lebih..dan aku rasa dia lebih sesuai bertutur dalam bahasa cina dari bahasanya sekarang. Aku dah carikan dia seorang guru tuition sebelah rumah aku ni..Miss Lai namanya. Sekurang-kurangnya si kakak dapat belajar basicnya dulu sebelum dia masuk tadika cina tahun depan..tak lah dia terlopong nanti. Anak-anak ku senang bergaul dengan sesiapa saja so..aku rasa dia tak kekok nanti bila dikelilingi dengan kawan-kawan cinanya. Istimewanya si kakak ni matanya sepet sikit..tapi tak pulak sesepet mata cina. Sesuai sangatlah tu.. Cerita ni akan ku sambung lagi dilain hari..

Khamis, Mei 14, 2009

Si Adik

GG.. semalam genap 2 tahun umurnya - 13.5.2009
Si kecik ni lahir tarikh sejarah jugak..13.5.2007..13 Mei tarikh keramat..semua orang tahu..yang specialnya hari tu jugak adalah sambutan 'Hari Ibu' seluruh dunia yang jatuh pada hari ahad minggu ke 2 bulan Mei setiap tahun.
Lahirnya senang dan jaganya pun senang..alhamdulillah..kalau boleh biar GG besar nanti jadi tahfiz..sesuai namanya..Muhd Hafizy.

Si Kakak

Kak..Esya Lahirnya waktu Tsunami melanda negara pada 26.12.2004 pukul 2.15 pm..ku berdoa semoga perangainya tidak seperti 'tsunami'..haru biru nanti..si adik memanggil "takkkk".

Si Abang

Bang..Ayie
Anak ku yang sulung..lahirnya genap 9 bulan 10 hari..tepat seperti kiraan doktor..sama haribulan dengan abahnya..28.7.2002..bang ayie panggilan oleh adik2nya. Ada ciri2 lelaki handsome..

Wajah langit yang bengis

Apa yang boleh diandaikan bila anda melihat gambaran langit yang sebegini..sekali lagi gambar ini di ambil di waktu pagi..dilokasi yang sama..tapi dihari yang berlainan..pertama kali saya melihat rupa wajah langit yang sebegini..memang mengerunkan..apatah lagi bila anda berada dibawah hamparan langit yang maha luas..dan anda terasa kerdil dibawah..apa pun kuasa Allah mengatasi segalanya..buruk baik yang datang..kehidupan harus ditempuhi..amin.

Wajah langit yang ceria

Gambar ni di ambil ketika berjalan kaki dalam perjalanan nak ke office..lihatlah langit pun mampu tersenyum..keceriaan yang menyerlah di awal pagi biasanya akan membawa hingga ke petang..tapi ada jugak orang kata 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari'..itulah namanya kehidupan..aku pernah melaluinya..anda bagaimana..?

Puisi