Rabu, Disember 16, 2009

Berita lanjut tentang contest..

Photo Fizy dalam contest..ijanmemory

salam semua...
kat bawah ada pics yg menyertai baby with transport contest....
sila check...kalau ade peserta yg pic nye x de dlm list...sila tgal link penuh sekali lg kt comment di n3 ini....
mgkin ummi tertinggal ke...atau xleh nk jguk sbb link x penuh....atau mgkin ade yg disqualified....
so sape2 yg rase xde pic ank mereka....sila tgalkan link ya....kesulitan amatlah dikesali....
so check it out....gud luck to all....

Isnin, Disember 07, 2009

Pra Sekolah SJKC Peng Meng Sesi 2010

Alhamdulillah..baru tengahari tadi aku terima surat dari pihak sekolah tentang pendaftaran pra sekolah SJKC Peng Meng..Kak Esya (26.12.2009 ni dia 5 tahun)..walaupun aku dah terlewat daftar 2 bulan (May 2009) selepas tarikh pendaftaran dibuka (Mac 2009)..at last aku terima jawapannya hari ni..Aku memang dah prepare satu hari cuti untuk 'hari orientasi ' ni nanti (31.12.2009)..insyallah harap semuanya akan dipermudahkan..

Khamis, November 26, 2009

Baby with Transport Contest

Anak ku yang ke 3 ni, Fizy, dengan aksi tengah 'landing' kat atas kete nya sambil makan2 pisang..sambil tu tengok tv..masa ni Fizy tengah duk bawah kipas angin tengah rumah..sebab hari tu memang panas..baju pun tak nak pakai dah..kete ni pun dah 'gahai' kato org nogori..maksudnya dah nak jahanam..dikejekan oleh abang Ayie..yang engineer tu..sticker smua dah terbang dikejekannya..bunyi siren dan hon nya pun dah tak berbunyi lagi..tapi masih boleh jalan lagi kete tu..abg Ayie dan kak Esya lah yang tukang tolaknya..itu aje lah citer nya tentang gambar ni..
Nama : Muhammad Hafizy bin Mohd Yusof Umur : 2 tahun 6 bulan (+ 1 minggu 6 hari)

Jumaat, Oktober 16, 2009

R & D Centre, Carey Island - Open House

Door gift..dodol in packs makan sampai senak perut.. kekawan ex-chemara aku ada gak..mai, izan dan kngah.. ni daging kambing golek tiga ekor siap untuk di lapah..dalam pinggan.. Hari ni ada open house raya di office aku..dapat jumpa balik member2 lama di chemara dulu yang aku rindui selama ini..dato' azhar, CEO sime darby mengetuai semua pegawai2 yang datang..makan sampai dah tak habis2 makan kat sini..rezeki..jangan di buang..lepas dah makan kenyang boleh' tapau' bawak balik rumah lagi..itulah namanya rezeki..

Gambar raya anak2...

Kak Esya tengah kira duit raya dengan sepupunya Wawa.. ni Bang Ayie dah melompat atas meja pulak.. Kak Esya ni lepak sakan.. Fizy pulak suka ketap gigi.. Bang Ayie tegak macam kayu je..

Selasa, September 29, 2009

Selasa, September 15, 2009

Bonus..aku shopping lagi

Ini kain yang Dr F beli tu..tanpa batu-batunya.. Kain aku beli ada batu-batu..rasanya lebih mahal dari Dr F punya..tapi aku dapat harga special RM70 aje untuk 4m.. Aku bershopping lagi kat Nilai 3 pulak..advance lagi untuk baju raya tahun depan..kebetulan design yang aku suka tu pulak sama dengan yang dibeli Dr Fadzley untuk isterinya..kata sales girl tu baru semalam Dr F datang dan dengan bangganya dia menunjukkan gambar Dr F & isteri yang sempat dia rakam kat dalam kedai tu.. Anak-anak aku keletihan lepas tu..tak tahu duduk diam..berlari, melompat kat dalam kedai..dah beli kasut raya, dah dapat apa yang dihajat aku pun dah kehabisan sampai RM800 gamaknya..apa lagi, baliklah lepas tu..suami aku pun penat jugak sebab jadi driver sampai dia terdiam hingga sampai ke rumah..

Khamis, September 10, 2009

Bonus 2009 & Shopping Raya

Ini company aku..tempat aku cari rezeki dan tempat aku menimba ilmu..banyak course boleh attend..company aku??..sebab aku handle 30 estate..estate yang lain tu aku pass kat orang lain pulak..09.09.2009 hari sepatutnya aku dapat bonus..itu bayaran yang pertama sebelum raya..katanyalah..bayaran kedua hari hampir2 nak raya nanti..dengan gaji bulan September sekali..gamaknyalah..
Tapi tahun ni aku relax aje..tak payah kalut nak tunggu duit bonus masuk..baju raya anak aku dah bereskan minggu lepas lagi..yang kalutnya aku..masa suami aku tengah tunggu aku pilih baju untuk anak2..banyak alasan dia bagi..ada keje nak buat..penat..mengantuk bagai..suruh aku balik cepat..aku bab ni yang aku malas kalau nak keluar shopping dengan dia..selalunya aku pergi shopping baju raya sorang2 aje..alamatnya berjam2lah aku kat situ..lelaki mana nak faham..
Anak2 aku punyalah happy berlari2..tiga beradik tu..aku nak ukur baju kat badan dia orang pun susah..
Bonus tak boleh habis semua..simpan pulak untuk raya tahun 2010 nanti..
Bonus tahun 2007 dan 2008 pun masih ada lagi..tapi kat orang..sebabnya orang hutang dengan aku tak bayar2..apalah nasib badan..mintak tak dapat2 gamaknya..sabor ajelah..

Selasa, September 08, 2009

Product Label

Aku ingin me'label'kan product aku sendiri..tudung & cookies..kedua-duanya home made.. Kepada kekawan blogger yang berminat dengan product aku ini bolehlah menempahnya melalui YM - izan_sdpc@yahoo.com atau sms - 019 2225139 Setiap product aku boleh ditempah pada bila-bila masa sahaja..dengan syarat..50% deposit harus di bank-in terlebih dahulu di Maybank2u - 1550 1497 5091 Kemudian pesanan anda akan di proses seterusnya.. Tudung - boleh dibeli on-line atau ditempah dengan citarasa kekawan blogger sendiri.. Cookies - boleh ditempah awal sebulan sebelum tarikh sesuatu majlis atau kenduri kekawan blogger nak adakan..untuk majlis kesyukuran ke, kenduri kahwin ke, birthday party ke atau untuk cenderahati..packing cookies bergantung kepada majlis yang nak diadakan.. Selamat maju jaya kepada kekawan blogger yang sama line business dengan aku ni..

Jumaat, Ogos 28, 2009

Kurma untuk ayahbonda

ini tag yang aku buat untuk ayahbonda ku..
yang ni buah kurma yang sedap tu.. Semalam aku teringat nak poskan emak dan ayah di kampung..kurma dari Tunisia yang aku rasa fresh dan lemak rasanya..masih basah lagi! Aku beli dari member office..sekotak RM13..tu yang buat aku terus berniat nak beli 2 kotak lagi untuk ayahbonda ku disana.. Sebenarnya aku pun baru sahaja habis makan sekotak pemberian dari big boss aku Tuan Hj Jamaluddin..tapi dari jenis yang lain. Bila aku rasa makan buah kurma kotak yang baru ni ada pulak perbezaan rasanya.. Semoga keluarga ku di kampung suka dengan pemberian ku ini..wallah..

Jumaat, Ogos 14, 2009

Promo tudung ku..

http://www.emocutez.com
  • Tudung satin - tajaan Izan @ Tudungmudahpakai. memang cantik tau, kemas jahitannya.. satin lagi.. berkilau2.. Izan siap sediakan beg macam goodies beg kenduri kahwin tu.. bertuah la sapa yang dapat ni.. *jeles nya daku, dapat tengok & pegang kejap jer... Insya Allah, nanti ade rezeki nak order satu dari Izan.* - dari catatan Kak Yong
  • Terima kasih ye Kak Yong sebab promo sikit pasal tudung jahitan ku itu.. http://www.emocutez.com dari izan pulau carey

    Jumaat, Ogos 07, 2009

    Contest Kak Yong

    Inilah hadiah yang aku sponsor untuk 'contest jom main air bersama!!!'..biasa aje kan hadiah tu..tapi yang aku bangga ialah kerana ia datang dari hasil kerja tanganku sendiri..sentimental value orang kata..siapa yang dapat tak tau lagi..semoga siapa yang menang hadiah tudung ini suka dengan pemberianku ini..kalau ada yang kurang janganlah dikeji..nanti ye kak yong..sponsor ku ini..

    Khamis, Julai 30, 2009

    Permulaan..

    beginilah permulaannya..almond london dan tart..menjadi cookies favourite kebanyakan customer aku..hiasan cookies aku hias mengikut cita rasa aku sendiri..maka cookies aku tu berubah rupa dan lain dari orang lain punya..kalau nak tau cuba lah..

    Cookies untuk raya

    2 hari lepas aku ambil cuti untuk menyiapkan sample biskut raya atas permintaan..maka terhasillah 8 jenis cookies dalam masa 2 hari tu..aku buat sorang2 tau..dua hari aku berjaga sampai pagi..hobi membuat kuih dan minat aku dalam business..aku realisasikan di musim perayaan ini..kan baju raya aku anak-beranak tahun ni belum beli lagi..so lepas ni aku boronglah..rezeki dibulan ramadhanlah ni..simpan jugak sikit untuk sekolah anak2 tahun depan..

    Khamis, Julai 23, 2009

    Sponsor contest

    my 1st sponsor contest.. Aku baru kali pertama nak cuba-cuba jadi sponsor..tudung jahitan ku sendiri..untuk contest dari blog kak yong-catatan ibu..memang harga tudung tu tak seberapa..tapi aku suka..yang penting aku dapat ramai kawan yang jadi kekawan kak yong jugak..

    Selasa, Julai 14, 2009

    Kuih Gunting ku..

    2 hari cuti aku asyik mengerjakan kuih gunting kesukaan ku..ada jugak member ku yang dah order untuk makan masa duk santai2 kat rumah dia orang..resepi ku pun dah semakin sempurna dan rasanya memang sedap..makan punya makan sampai tak boleh berhenti makan.. Aku pun dah nak mula buat biskut almond london dan tart..aku jual pun murah je dari harga orang lain..aku tengah nak mengerjakan sample kuih lah ni..sebab tu gambar biskutnya belum ada..bila dah ada barulah aku letak harganya sekali..tungguuu..