Kalau nak tahu inilah scenery indah yang hari-hari aku lalui untuk ke office..memang cukup cantik dan tertarik terutamanya di waktu pagi..ada sebatang sungai yang airnya mengalir lesu saban waktu..kalau lepas hujan lebat airnya naik..bukan sebab tak ada cukup saliran tapi memang sungai ni aku rasa unik sekali sebab ia umpama parit besar yang melintangi kawasan office ku..dikelilingi dengan tanaman pokok yang pelbagai rupa dan warnanya..ada sebuah bukit yang dinamakan Bukit Jugra..menjadi tempat latihan askar..langitnya pula sentiasa diselaputi corak awan tebal..embun dan dingin pagi sentiasa ku nanti saban hari.
Khamis, Jun 18, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan