Aku bercita-cita ingin salah seorang dari anak ku belajar di sekolah cina. Aku rasa setelah aku berpindah ke sini..inilah masanya untuk aku mengkabulkan cita-cita ku. Sekolah yang aku rasa strategik kerana SRK, TPG bersebelahan aje dengan SJK (C) ni..sekolah si abang bersebelahan dengan sekolah si kakak. Dalam kawasan SJK (C) ni pulak ada tadika cina. So..kalau dulu aku bermasalah mencari tadika cina tapi sekarang semuanya ada di situ. Si kakak suka betul bila aku cakap.."kakak nak tak belajar kat sekolah cina?" "nak..nak..cha nak tolah ene.." Dia agak pelat walaupun umurnya dah 4 tahun lebih..dan aku rasa dia lebih sesuai bertutur dalam bahasa cina dari bahasanya sekarang.
Aku dah carikan dia seorang guru tuition sebelah rumah aku ni..Miss Lai namanya. Sekurang-kurangnya si kakak dapat belajar basicnya dulu sebelum dia masuk tadika cina tahun depan..tak lah dia terlopong nanti. Anak-anak ku senang bergaul dengan sesiapa saja so..aku rasa dia tak kekok nanti bila dikelilingi dengan kawan-kawan cinanya.
Istimewanya si kakak ni matanya sepet sikit..tapi tak pulak sesepet mata cina. Sesuai sangatlah tu..
Cerita ni akan ku sambung lagi dilain hari..
Isnin, Mei 18, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan